Sunday, 6 December 2009

Mempromosi Album 'DRUR' di Majlis Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM PPWN dan PPN

Sebelum bergerak ke isu kes OPS BUBAR DUN PERAK yang akan disambung bicara pada 7 - 9 hb Disember ini ingin saya berkongsi sedikit pengalaman bermusafir ke Kuala Kangsar bersama team Gerakan Mansuhkan ISA selama dua hari di sana.


Team ini terdiri dari YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang dan juga bekas tahanan ISA) bersama keluarganya, Kak Aliza, anak-anak Muhallab, Zilal, Wasilah dan cucu Said (1thn). Ditambah berseri lagi dengan kumpulan sokongan yang terdiri dari Cikgu Laila, Nashita dan anak-anak Anas, Ammar , Asma' dan Asiah.

Kali ini kami ke Majlis Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional Jamaah Islah Malaysia yang berlansung pada hari Jumaat di Kolej Islam Darul Ridzuan. Temanya pada tahun ini ialah "Memacu Iltizam Mendepani Cabaran Penegakan Syariah'. Kami hadir sebagai tetamu mewakili Gerakan Mansuhkan ISA.

Sebagai ahli JIM kami terharu dengan sokongan tidak berbelah bagi kepada segala aktiviti kami di dalam GMI. Kami mendapat satu ruang untuk membuka gerai. Kami mengambil kesempatan menjual Album CD 'DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT'. Album ini adalah pengesahan perjuangan rakyat. GMI telah menyumbangkan sejumlah wang untuk pembikinan Album ini, maka kami bertanggungjawab memasarkan album ini kepada rakyat. Bukan sahaja untuk mendapatkan semula pulangan hasil dari sumbangan namun yang lebih amat penting ialah agar mesej perjuangan ini sampai kepada rakyat lebih-lebih lagi kepada ahli-ahli JIM yang sentiasa dekat dengan perjuangan menentang kezaliman khususnya kezaliman ISA.


Di sebelah malamnya pula sama seperti di majlis PPWN yang sebelumnya, kami akan memohon satu slot untuk mempromosi aktiviti GMI. Namun kali ini YB Saari membuat kejutan dengan mengajak anak muda Hafiz Bai untuk sama-sama membuat persembahan dan mendendang lagu dari album tersebut. YB Saari kata dia pun sanggup naik ke pentas dan sama-sama hanya 'miming'...kami semua setuju. Kami memilih 2 lagu, ISA dan Syuhada' Memali.

Maka terjadilah satu persembahan tergempar dan mengejutkan dari kami bersama Hafiz, Cikgu Laila dan anak-anak naik ke pentas dan mempersembahkan 2 lagu tersebut!!!...tetapi YB Saari tidak hadir kerana terlalu keletihan mungkin...pandai YB Saari memberi semangat untuk kami buat satu persembahan yang mengejutkan...

Pada keesokkan harinya sekali lagi kami hadir sebagai jemputan mewakili GMI pada majlis pembukaan PPN Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM dengan tema, "Membina Permuafakatan Ummah Alam dilimpahi Rahmah". Nama aktivis GMI dan GMI disebut oleh Tuan Haji Nahar Md Nor di majlis kata-kata aluan Setiausaha Agung JIM.

"Pendirian tegas menentang kezaliman dalam isu penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama ABIM dan ASASI dalam reformasi, cergas dalam GERAK, penahanan Presiden kita dibawah ISA, penglibatan dalam penubuhan PKN dan seterusnya peranan kita di dalam GMI melonjakkan JIM di kalangan aktivis masyarakat" sedikit sedutan teks ucapan Presiden JIM, Tuan Hj Zaid Kamaruddin.

Alhamdulillah, pengiktirafan diberikan kepada ahli JIM yang terlibat di dalam ruang dakwah dan aktiviti sosial di ruang luar dari JIM.

Alhamdulillah, kami berjaya juga menjual hampir 50 keping CD kepada ahli JIM dengan menggunakan pelbagai tektik jualan termasuk menggunakan cara seperti yang digunakan oleh penjual CD di kedai-kedai makan sebelum kami beredar untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur.


Thursday, 3 December 2009

Antara dua Darjat..Antara Dua Dunia..DEMO BN dan DEMO PR

Pada hari Selasa lepas dua demonstrasi telah diadakan di Pulau Pinang dan Kelantan. Perhimpunan Aman di Kota Bharu bagi membantah tindakan Tuan Guru Nik Abd Aziz yang berdo'a kemusnahan terhadap Dato' Seri Najib Perdana Menteri Malaysia atas isu royalti minyak kepada Kelantan.

Di Pulau Pinang pula pada hari yang sama berlansung satu lagi perhimpunan aman sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa lemah dan tidak cekap menyelesaikan masalah rakyat dan gagal menunaikan janji pilihan raya umum.

Hingga ke hari ini belum terdengar berita mengenai sebarang kekerasan atau tembakan gas pemedih mata ke arah para demonstran mahupun laporan berlakunya sebarang tangkapan.

Rakyat bijak menilai nilai sesuatu perhimpunan aman yang berlaku.

Sungguh bersesuaian bagi saya yang sejak menerima berita melalui sms dari Puan Aliza yang juga merupakan seorang OKT yang ditangkap dalam satu perhimpunan aman lebihkurang 8 tahun yang lalu....ya 8 tahun yang lalu...hingga kini kes ini masih diperingkat..tangguh dan tangguh lagi.

Pada tarikh 23hb November yang baru lepas, Puan Aliza telah menghantar sms kepada kami, teman-teman di dalam kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). sms berbunyi:

" kes Taiping hari ini tangguh ke Februari 2010 kerana video polis hari penangkapan ,masih tak boleh tengok!! Tape lama."

Apa yang lamanya ye..baiklah, sejarah kes penangkapan ini seperti yang tercatat di buku Diari Perjuangan : Pembelaan Isteri Terhadap Penahanan Tidak Sah Suami di Bawah ISA, hasil penulisan Puan Aliza sendiri, mencatatkan di mukasurat 27 di bawah tajuk "100 Hari Tahanan Politik Kamunting" mencatatkan bahawa peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 2ohb Julai 2001.

Pada hari tersebut satu perhimpunan aman telah diadakan di hadapan Kem Tahanan kamunting sempena 100 hari tangkapan ISA pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi termasuk suami Puan Aliza, Hj Saari Sungib yang kini menjadi ADUN di Hulu Kelang.

Puan Aliza menulis " Kami nampak trak FRU, water cannon dan ramai FRU dan polis di seberang jalan berhadapan dengan orang ramai. Sampai di situ, kami dipimpin oleh seorang pemuda yang meminta Bahirah (isteri Ezam Mohd Nor) mengucapkan sesuatu kepada orang yang telah berkumpul disitu. Bahirah sempat mengucapkan salam dan terima kasih. Saya dengar seorang polis menggunakan hailer dari atas trak merah polis dan menyatakan bahawa orang ramai diberi masa lima minit untuk bersurai.

" Saya lihat Zunar mengangkat tangan seolah olah meminta sepuluh minit lagi. Selepas itu dengan tiba-tiba terdengar bunyi loceng dan kaki saya, anak-anak saya, Bahirah dan ibu Ezam basah terkena pancutan air dari trak polis. Kami terus berlari ke belakang dan mengikuti orang ramai masuk ke dalam sebuah kedai di situ. Pintu kedai pun ditutup. Kami mendengar bunyi tapak kaki orang berlari di luar. Kami menunggu di dalam kedai tersebut selama lebih kurang 10 minit. Apabila tidak terdengar lagi tapak kaki orang berlari kami pun keluar dari kedai tersebut melalui pintu belakang."

Seterusnya...Puan Aliza telah ditangkap dan dimasukkan ke lokap selama satu hari satu malam sebelum di bawa ke hadapan Majistret. Sejak dari tarikh itu kalau tidak salah saya hampir 40 kali ke semua OKT dan peguam mereka yang dedikasi iaitu Tuan Saiful Izham Ramly terpaksa berulang alik ke Mahkamah Taiping.

37 orang telah ditangkap dan yang paling tragis dan sedih dan unik bagi kes seumpama ini ialah 7 orang dari mangsa kezaliman polis dan pemerintah ini ialah 7 orang dari mereka telahpun meninggal dunia sepanjang kes ini berjalan dan ditangguh-tangguh.

Pada tarikh 23hb November itu juga Puan Aliza telah menghantar satu lagi sms menyatakan bahawa:

" Tadi kami ziarah seorang OKT meninggal semalam. Rumah dia depan KEMTA. Orang PAS"

Semasa Puan Aliza menziarahi keluarga tersebut isterinya telahpun pulang ke kampong.

" Tinggal anak-anak besar. Isteri ke 2, isteri pertama meninggal 13 tahun yang lalu. Isteri sekarang pregnant, baru 3 tahun kahwin. Sedih. 7 orang anak yatim. Semua belajar."

Saya memaklumkan kepada Puan Aliza keinginan saya untuk menziarahi keluarga 'istimewa' ini dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA.

Maka pada hari Isnin 1hb Disember ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sambil singgah berehat di Kamunting saya menunaikan janji dengan mengambil peluang membuat misi ziarah tersebut bersama 4 orang anak-anak. Bukan mudah untuk mencari letaknya rumah di kampong. Maka beberapa kali berhenti bertanya..sehingga akhirnya berhenti di sebuah pondok kedai gunting rambut..bertanyakan kepada Pakcik:

" Pakcik kenal tak Arwah Tarmizi yang baru meninggal dalam minggu lepas"

Pakcik dengan wajah yang bersungguh menjawab "eh...mestilah pakcik kenal...kawan baik anak pakcik tu"....sambil menunjuk arah ke rumah yang dicari yang masih jauh masuk ke dalam. Saya pun menceritakan tujuan ke sana.

Saya mengikuti arah yang ditunjukkan oleh pakcik tersebut hingga kami tiba di sebuah rumah seorang makcik yang juga baik hati membenarkan kami meninggalkan kenderaan di kawasan rumahnya. Kami menuju ke rumah yang dimaksudkan..nun di hujung kampong di sebelah sebuah jalan keretapi. tenang kawasan kampong ni...malangnya rumahnya bertutup dan kami dimaklumkan bahwa isterinya telah dibawa pulang ke kampong kerana sedang sarat mengandung.

Sudah tidak ada rezeki untuk kami bertemunya bertanya khabar berkongsi duka dan resahnya dan mendengar kesah kekuatan suaminya.

Namun melalui cerita makcik yang baik hati yang sanggup mengajak kami masuk dan bersembang dan minum di dalam rumahnya (yang saya tolak dengan sebaik mungkin) memang Allahyarham Tarmizi dan keluarganya dari keluarga yang amat baik. Allahyarham memilih untuk bekerja kampong di bendang bagi membantu ibunya dan ditolong juga oleh sahabat dengan mengajaknya untuk masuk ke dalam hutan mencari kayu wangian. Beliau meninggal di kala usia yang masih muda di umur 44 tahun.

Beliau telah pergi bertemu janji Allah...kes di Mahkamah dunia ini belum juga selesai dengan sifat ego tinggi PDRM untuk tidak menggugurkan sahaja semua pertuduhan ke atas mereka..sedangkan kemungkinan polis yang dipanggil untuk menjadi saksi sudah pun tidak dapat mengingati skrip yang diberikan kepada mereka. Bahan bukti juga kemungkinan sudah lapuk ditelan masa seperti video tape yang digunakan yang kini sudah lapok ditelan zaman...mana nak cari ganti....

Ini baru sebahagian kesah dari puluhan banyaknya tangkapan dan kekasaran polis terhadap peserta perhimpunan aman parti alternatif yang 'melawan kerajaan'.

Keadilan pasti akan tertegak.

Saya akhiri dengan tulisan dari catatan di dalam buku Diari Perjuangan Aliza Jaffar mukasurat 109.

" Perjuangan ini mudah diungkapkan tetapi amat sukar dilaksanakan dan tuntutan pengorbanan bukanlah sedikit. Bagi para pejuang keadilan, kita memerlukan nafas yang panjang untuk mengembalikan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang lebih baik di negara ini. Semoga Allah berkati segala usaha kita."

Koleksi gambar yang diambil di hari misi ziarah:


Pemandangan hadapan KEMTA..

Rumah Makcik yang baik hati..

Anak-anak yang mengikuti misi bergambar di jalan masuk ke rumah keluarga yang ingin diziarahi..tak berpeluang mengambil gambar dengan keluarga tersebut...

Monday, 30 November 2009

Kursus BTN-akhirnya Kabinet bersetuju rombak modul Kursus

Menarik ni...baru terbaca hasil dari browsing tajuk-tajuk isu hari ini dari Laman Perakexpress, terjumpa tajuk ini, Sukatan kursus BTN akan dirombak dipetik dari Malaysiakini.

Kan sudah dikata, kita mesti berani melawan arus, berani berhujah dan melawan sekiranya kita rasakan sesuatu itu tidak kena dan ada yang tidak kena. Apatah lagi apabila ianya disahut pula di laman-laman web dan blog-blog peribadi dan blog pro Pakatan Rakyat..pemerintah pasti juga akan mengikutnya sedikit kalau tidak kesemuanya.

Maka memang benarlah dakwaan-dakwaan yang kita dengar bahawa kursus BTN ini cuba mewujudkan semangat perkauman yang negatif dan boleh membawa perpecahan dan mewujudkan rasa benci di antara kaum. Mewujudkan perasaan bahawa Malaysia ini adalah milik BANGSA Melayu...itulah yang cuba disampaikan melalui lirik 'Anak Kecil Main Api' yang kini beberapa baitnya telah ditukarkan sedikit bagi mengurangkan semangat kemelayuan itu sendiri.

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri (asalnya pribumi merintih sendiri)

Maka apa pula jadinya dengan respon dan komen dua orang Menteri iaitu Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa tidak wujud isu perkauman dalam modul kursus BTN dan Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan bahawa kursus BTN mempunyai tujuan yang baik dan bukannya untuk membawa peserta menyokong BN dan UMNO.

Dato' Seri Nazri Aziz pula berkata Kabinet telah bersetu merombak sukatan kursus BTN, bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

Maka benarlah sudah segala dakwaan tersebut dan yang lebih menarik juga ialah kenyataan bahawa kerajaan telah banyak membelanjakan BANYAK WANG bagi menjayakan program 1Malaysia....sedih dan kesal membacanya...wajarkah perkara ini berlaku. Mereka yang menyuntik semangat perkauman tersebut mengajak sesama kaum membenci di antara satu sama lain dan kini terpaksa berbelanja banyak untuk membuktikan bahawa hanya ada 1 Malaysia...

Kami semuanya adalah anak Malaysia dan cintakan Negara dan tanah air kami....


Sukatan kursus BTN akan dirombak

Rahmah Ghazali
Nov 30, 09
1:19pm

Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.

Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

ISA masih kekal dan masih menzalimi...

3. Kerajaan masih mengekal dan menggunakan Internal Security Act (ISA) 1960 kerana

A. masih relevan kerana negara masih banyak menghadapi ancaman dalaman.

B. kerajaan dengan bebas boleh membuat penahanan.

C. memberi kuasa tertinggi kepada polis untuk menjalankan tugas.

D. berupaya menahan seseorang untuk tempoh lama tanpa perbicaraan.

Saya memetik soalan di atas dari tajuk kursus BTN, dan jawaban sebenar yang dikehendaki sudah tentulah A, walaupun jawapan sebenarnya ialah semua selain dari dari A.

Memandangkan buat masa ini saya sedang berada di daerah Kamunting yang menempatkan sebuah Kem yang pernah mengurung puluhan ribu rakyat Malaysia dan luar negara di bawah akta Zalim ISA membuatkan saya terkenang kembali kepada nasib keluarga mangsa yang pernah dan sedang dizalimi di bawah akta ini.

Saya masih ingat ketika saya dan rakan-rakan yang bergabung di bawah GMI memulakan secara bersungguh-sungguh dan terancang berkempen memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanan ISA, terdapat lebih dari dua ratus orang tahanan ISA di KEMTA. Sepanjang tempoh tersebut ramai yang telah dibebaskan sehingga kini hanya tinggal kurang dari 10 orang di KEMTA.

Hakikatnya walaupun sedikit masih ada yang dizalimi..satu hakikat yang kita semua jangan pernah lupakan..

Dan bagi mereka yang telah dibebaskan kezaliman yang menimpa mereka dulunya masih lagi menghimpit dan mengahntui kehidupan mereka.

Ramai lagi keluarga yang masih menderita dengan pelbagai cabaran yang perlu mereka lalui...buat masa ini saya mengambil contoh sebuah keluarga di Sandakan.

Puan Jobaida, ibu kepada 5 orang anak, suaminya ditahan di bawah ISA pada tahun 2006 dan baru dibebaskan beberapa bulan yang sudah. Sudah tentu membawa sinar bahagia kepada keluarga ini. Namun tiada siapa tahu masalah apa pula yang membebani kehidupan mereka kini.

baca kesah penderitaan mereka di sini..satu waktu dulu..

Suaminya masih gagal untuk mendapat sebarang pekerjaan, maka kehidupan mereka masih susah dan masih memerlukan bantuan.

"Terima Kasih banyak ya kak, semoga kak dn keluarga sentiasa di Rahmati Allah, dimurahkan rezki yg melimpah ruah,dgn sumbgn ni dptla anak2 Jo menyambut aidladha dgn gembira,terima Kasih banyak2 ya kak,maaf sekali lg sbb terlalu byk sgt susahkn kak Nashitah dan kak lailah,maklum sajala kak suami jo sampai skrg masih blm dpt pekrjaan,bukan tidak berupaya @ berusaha tp tiada org2 yg ingin bagi peluang padanya yg menyebabkan dia tension pula sbb tidak dpt membela nasib anak2nya walaupun dia sudah bebas.Jadi jo tiada jalan lain melainkan mengadu pd kak dan kak laila itupun jika masih ada ruang2 bagi kami memohon bantuan.Syukur pada Allah dan terima Kasih kerana sudi menjadi pendengar suara2 bekas tahanan ISA.. "

Alhamdulillah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita...dan kita tidak boleh lupa dan leka hingga kita melupakan nasib mereka yang terus dizalimi. Hasil kutipan dari para dermawan dari rakyat Malaysia, kami di PSK mempunyai sedikit lebihan wang dan dapatlah kami terus menggembirakan mereka dan memudahkan sedikit segala urusan mereka. Alhamdulillah...

Di malam menjelang tibanya Eidul Adha PSK GMI telah menyumbang sejumlah wang untuk keluarga Jobaida...dan inilah sms yang telah diterima darinya sebagai balasan...bagi kita yang punya segalanya sudah pasti tidak dapat sepenuh hati menghayati nimkat sebuah pemberian yang kecil ini...

"Alhamdulillah syukur ya Allah,terima Kasih ya kak, malam ni juga kami nak p pasar..Belanja utk aidladha..T.Ksi byk2 ya kak."

Itulah kegembiraan mereka...dan ISA masih wujud dan menzalimi rakyat Malaysia.

Saturday, 28 November 2009

Kursus BTN dan lagu Anak Kecil Main Api

Isu BTN menjadi isu utama sejak beberapa hari ini. Tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana membangkitkan isu ini. Ini bakal membuatkan rakyat berfikir dan mencari maklumat dan bukan sekadar menjadi rakyat atau individu yang hanya menerima dan menurut bagai pak turut sahaja.



Dalam isu ini dua orang Menteri Kabinet telah bersungguh mempertahankan kewujudan dan kepentingan kursus BTN ini. Dato' Zahid Hamidi mempertahankan dengan mengatakan tidak wujud isu perkauman dalam modul kursus BTN dan Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Baca di sini.

Membaca komen-komen orang ramai yang telahpun mengikuti kursus ini di laman-laman blog dan khususnya di portal web Malaysiakini membuatkan saya terfikir dan merenung...kehairanan memikirkan sikap Menteri-menteri kita dari UMNO BN ini. Apakah mereka mengira bahawa kita ini tidak punya akal untuk berfikir, apakah mereka masih berada di zaman gua dan memikirkan bahawa rakyat adalah seumpama haiwan yang boleh dicucuk hidung dan ditarik ikut suka hati tuannya...memang geram memikirkannya.

Sekiranya anda punya masa, sila klik di sini dan baca komen-komen dari mereka yang pernah mengikuti kursus BTN ini. Saya perturunkan sedikit komen yang dipetik dari sana.

Gblk7277: I have attended this BTN course. Yes, it is a brainwashing session where they were telling us that the other races must get a lesser amount of 'durian' because we are the 'pendatang' and we had agreed to accept a lesser amount.

Therefore we could not question anything, just shut up and eat the 'durian' you get or go back to China or India. It's very much politically biased and they were showing recordings of the Bersih and Hindraf rallies saying chaos will take place if we don't support BN.

And that our country will be destroyed. 'Learning about 1Malaysia, about nationalism and unity'? My foot.

Eagle: Publish the contents of the BTN course and let us decide whether it is a racial hatred and incitement programme. And stop telling us what is good for us, the rakyat. We can decide for ourselves and we can also decide on your future too when the time comes.

Ya, saya bersetuju dengan pendapat dan komen 'Eagle' di atas, dedahkan isi kandungan program tersebut dan segala risalah yang digunakan kemudian biar rakyat yang buat keputusan samada ianya benar-benar bersifat perkauman dan mengajak rakyat memberikan sokongan hanya kepada kerajaan yang memrintah walaupun kerajaan tersebut bersifat ZALIM.

Lebih bagus lagi sekiranya anda baca pengalaman mereka yang pernah mengikuti kursus ini dan menceritakan pengalaman mereka di sini. Brain-washing Induction Course for Malaysian House-officers.

Satu lagi laman blog yang sempat saya ziarah dan baca hasil rujukan dari YB Nik Nazmi di laman FB nya ialah catatan peserta kursus BTN yang menulis semula contoh-contoh soalan kuiz yang perlu dijawab oleh peserta. Menarik, memang menarik...susah nak perturunkan jawapan. Bukan kerana ianya sukar, tetapi kerana kita tahu apa tujuan orang yang membuat soalan tersebut dan apa muslihat di sebalik soalan-soalan tersebut. Baca di sini. Now you try tell me they’re not propagandising…

Soalan di bawah yang saya petik dari blog tersebut saya rasakan amat menarik dan benar-benar menguji minda sekiranya kita ambil kira siapa yang perlu kita julang demi menjawap soalan ini.

2. Menara KL, menara Petronas, dan Multimedia Super Corridor merupakan

A. pembaziran wang rakyat.
B. (insert obviously wrong answer here)
C. mercu tanda kejayaan dasar-dasar ekonomi negara.
D. (insert obviously wrong answer here)

This was a no-brainer. Really. NO-brainer. ini komen penulis tersebut. Berani penulis-penulis blog ini...ya lah sebab mereka punya akal untuk berfikir...

Kedua-dua artikel tersebut di tulis pada awal bulan Oktober yang lepas dan bukannya selepas isu ini dibangkitkan semula oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera.

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinisasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecah belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama.

"Peserta kursus juga dilaporkan diberi risalah mengandungi pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini. Dipetik dari Utusan Online.

Kesimpulannya memang amat bagus dan tepat sekali saranan Dr Halimah Ali dan Kerajaan Negeri Selangor dalam membangkitkan isu ini. Teruskan usaha ini kerana akhirya kerajaan terpaksa juga menjawab walaupun jawapan mereka ternyata bodoh sombong.

Saya bukanlah secara khususnya pernah mengikuti kursus BTN ini, namun saya masih ingat pernah diwajibkan menghadiri satu kursus yang diadakan di UPM di tahun 1985 sebelum saya dan sekumpulan pelajar lepasan SPM berlepas ke luar negara bagi menyambung pelajaran masing-masing. Ianya sudah 24 tahun berlalu dan saya tidak mengingati lansung apa yang telah saya lalui. Namun 1 lagu ini tidak dapat saya lupakan dan saya masih menghafal beberapa rangkap lagunya.

Satu perkara lagi yang masih segar di ingatan saya ialah tayangan video Tragedi Memali seperti yang dikeluarkan oleh RTM turut dipertontonkan kepada pelajar Malaysia oleh kakitangan Malaysian Students Department (MSD) di Dewan Malaysia Sydney, Australia. Ingatan tersebut masih segar di minda saya, dan kini baru saya tahu bahawa itulah cara mereka 'membasuh otak' pelajar mereka agar mempercayai apa yang ingin mereka mahu kita percayai...menanam semangat benci kepada orang kampong Memali yang kononnya melawan pihak berkuasa dan kerajaan. Ketika kami sampai ke Australia peristiwa Memali mungkin baru berlaku iaitu pada 19 hb November 1985...24 tahun yang lalu...kini syukur kerana saya sedar siapa yang zalim dan penipu...

Saya mencari di internet dan terjumpa lirik lagu tersebut di atas Anak Kecil Main Api....seperti di bawah dan ternyata menerusi tulisan di dalam laman tersebut menyatakan bahawa ianya adalah satu lagu wajib untuk kursus BTN. Anda hayatilah lirik lagu tersebut.

Tanyakan soalan ini...siapakah sebenarnya kini yang memijak-mijak kepala kita, siapakah yang merampas seluruh harta rakyat, harta negara, siapakah yang mewujudkan rasa perkauman, agar membenci di antara kaum....siapa..siapa...siapa????

ANAK KECIL MAIN API

Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita akan gagah di Nusantara
Elit dan gagah di pentas dunia

Lagu ciptaan: Dr. Nordin Kardi

Lirik dari sini.

Wednesday, 25 November 2009

Semalam bersama Pengarah SPRM Selangor.....

Semalam bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.....

WACANA ISU SEMASA Siri ke-2 anjuran JIM Pusat (JK SAKSI) dengan kerjasama JIM Selangor

Tajuk Isu Semasa ialah 'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya' . Ahli panelnya dipilih sesuai dengan tajuk tersebut.
Ahli panel yang telah mengesahkan kehadiran ialah:
  1. YB Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor, Pengerusi SELCAT (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency atau Jawatankuasa Terpilih Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan).
  2. Dato' Ja'afar Mahad, Pengarah SPRM Negeri Selangor
  3. Hj Zaid Kamaruddin, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Saya telah menghadirinya....

hhhhmmmm....apa perasaan saya???....ish..dalam kekalutan tentang berbagai isu yang berkaitan dengan rasuah...dengan segala tuduhan orang ramai terhadap sikap SPRM...apa lagi yang boleh kita harapkan ke atas mereka di balik pengurusan dan perlaksanaan pencegahan rasuah ini ye...

Bila lihat sendiri susuk tubuh Pengarah ini dan cara penyampaiaannya...secara telus dan tanpa selindung saya boleh katakan memang hampeh betul la...memang sah SPRM tidak boleh diharapkan....kewujudan mereka sekadar memenuhi janji dan keinginan Mantan PM kita yang lalu...tapi bak kata YB Teng...Pak Lah pun political will nya untuk menubuhkan SPRM ini tidaklah kuat sangat..kerana ianya ditubuhkan di akhir tempoh masanya menjadi PM..patutnya awal lagi dikala dia kata dia ingin membenteras rasuah...

Kalau kita mendakwa bahawa SPRM tidak jalankan tugas dengan sikap professionalisme yang tinggi, tidak menjalankan tugas mereka, tidak membawa orang yang dituduh menerima rasuah ke muka pengadilan,tidak menyiasat mereka dengan telus memang benar...memang benar...memang sah sekali....walau sebenarnya tidak lah Dato' Jaafar Mahad ni memang sebut sendiri begitu..tapi dari segi persepsi dan tafsiran atas apa yang dia katakan memang begitulah.

Tuan Syed Ibrahim, moderator dan disebelahnya...Tuan Pengarah SPRM Selangor...macam jeling je kat cameraman:))

Dato' Jaafar memberi contoh pengalamannya pernah menyisat seorang ahli politik yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kini ahli politik tersebut katanya sudah pun menjadi menteri.

Ceritanya,ketika disoal siasat ahli politik tersebut memang telah mengakui bahawa beliau menerima rasuah...tapi katanya bila orang tersebut pulang, ada pula kawan-kawan ahli politik tersebut yang menegurnya bahawa kenapa dia buat pengakuan tersebut...lalu ahli politik ni pun menukar kenyataannya dan menarik balik pengakuannya dan terus membuat laporan polis bahawa beliau telah diugut oleh SPRM....jadi terpaksa la tutup kes tersebut..begitu mudah sekali untuk melepaskan diri.

Dato' Jaafar juga menyebut dari segi cabaran mereka ialah, dari segi orang yang dituduh tersebut, orang yang dituduh mungkin buat masa ini adalah orang yang sudah tidak punya kuasa, jka SPRM menjalankan siasatan keatasnya dan suatu hari nanti bila orang itu kembali berkuasa sudah tentu akan mengambil tindakan keatas mereka pula..orang yang buat tuduhan dan org yang menyiasat mereka...

Jadi tidakkah anda rasa jelas bahawa SPRM tidak professional,tidak mengambil tindakan dan tidak menyiasat dengan menyeluruh keatas semua dakwaan yang dibuat oleh orang ramai ke atas perasuah dari parti Barisan Nasional.

Kita ambil saja contoh yang paling dekat di Negeri Selangor...kes yang paling sering diperkatakan..iaitulah Kes salahguna kuasa dan pemilikan harta yang berjuta oleh bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Anda boleh baca di sini mengenai siasatan SELCAT.

Orang yang menuduh sudah pun mengeluarkan bukti tentang pemilikan rumah dan harta...bahkan satu jawatankuasa yang sah di sisi undang-undang yang ditubuhkan di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor sudah pun mendedahkan dengan jelas berserta bukti dan keluar juga dari mulut orang yang memberi namun pihak SPRM tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas Khir Toyo. Malah beliau hanya disoal siasat selama 6 jam sahaja dan tidak ada apa tindakan yang diambil ke atasnya..ianya terhenti di situ sahaja...walhal...dakwaan ke atas beliau adalah berat melibatkan puluhan juta ringgit.

rumah Khir Toyo.gambar diambil dari blog ini.

Perkara di atas dibangkitkan oleh YB Teng Chang Kim yang merupakan Pengerusi SELCAT yang bertindak mencari kebenaran di sebalik urus tadbir harta kerajaan negeri. Beliau menyatakan bahawa SELCAT tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Khir Toyo dan mereka yang terbabit. Tugas mereka ialah untuk menyemak segala urus tadbir pegawai dan penjawat awam. Tetapi dari segi tindakan, SPRM merupakan institusi yang bertanggungjawab mengambil tindakan dan menyiasat. Namun perkara ini tidak berlaku...

Kenapa...???...mungkin jawapannya ialah seperti yang disebutkan oleh Dato' Jaafar di atas..'orang yang disiasat dan dituduh mungkin tidak ada kuasa kerana mereka tidak memerintah sekarang, namun suatu hari nanti mereka mungkin akan kembali berkuasa...ketika itu mungkin tindakan akan diambil ke atas mereka".....jadi apa harapan kita yang tinggal ke atas kewujudan SPRM ini.

YB Teng sebagaimana kita juga membangkitkan tentang isu Teoh Beng Hock, seorang yang hanya menjadi seorang saksi bagi kes yang melibatkan penggunaan wang sebanyak RM2400.00 berbanding dakwaan terhadap Khir Toyo sebanyak RM24 JUTA!!!.

Memang tidak dapat dinafikan..Dato' Jaafar ada menyebutkan bahawa sekiranya kita nak benteras rasuah, kita kena betul-betul buat tak kira besar atau kecil jumlahnya..guna perimeter yang sama, siasat semua. Tidak perlulah menyebut soal unsur-unsur integriti dan amanah yang menjadi teras SPRM....kerana ianya amat samar sekali....dan benarkah ianya berlaku...jadi tidak usahlah SPRM bercakap tentang badan yang bebas, adil, telus, urus tadbir yang baik...kerana ianya tidak nampak jelas di mata rakyat.

YB Teng menyentuh soal professionalisme, beliau mengaitkan dengan dirinya yang berlatarbelakangkan sebagai seorang peguam. Beliau memberi contoh bahawa di dalam kamar mahkamah mereka 'bergaduh dan bertekak' namun di luar mahkamah mereka masih boleh bertepuk bertampar dan bertegur sapa...itu yang dinamakan sebagai professional...tugas adalah tugas, selain dari itu tidak boleh dicampur adukkan, barulah dapat bekerja secara telus dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.


Kenyataan paling menarik keluar dari mulut Pengarah SPRM ini ialah ketika diminta membuat rumusan beliau mengambil contoh cerita melayu lama..iaitu trend menuntut bela...dan beliau menyebut dengan menujukan kepada YB Teng sebagai Pengerusi SELCAT...katanya lebih kurang..."SELCAT kena berhati-hati kerana orang pasti akan menuntut bela"...

Apa persepsi anda bila mendengar kenyataan yang sebegini????

AMARAN?????

Tuesday, 24 November 2009

'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya'

Jom...semua...kita dapatkan maklumat dan ilmu...moga dapat menambah pengetahuan dan memperbaiki keadaan kearah sebuah negara yang benar-benar bebas merdeka...bebas dari rasuah, penindasan dan kezaliman...

Masih belum terlambat untuk memikirkan untuk pergi....percuma....bayar tambang dan kos pengangkutan sahaja..dan gunakan masa yang diberikan Allah sebaik mungkin...

JOM PERGI....saya nak pergi InsyaAllah....

From: Syed Ibrahim
Subject: Wacana CAT esok 24 Nov, Hotel Singgahsana....Ahli panel sah hadir!

Date: Monday, 23 November, 2009, 12:51 PM

Salam & Greetings,
Saya mengalu-alukan kehadiran semua ke WACANA ISU SEMASA Siri ke-2 anjuran JIM Pusat (JK SAKSI) dengan kerjasama JIM Selangor pada hari Selasa (HARI INI), 24 Nov 2009, jam 8.15 malam - 11.30 malam di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.
Tajuk Isu Semasa ialah 'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya' . Ahli panelnya dipilih sesuai dengan tajuk tersebut.
Ahli panel yang telah mengesahkan kehadiran ialah:
  1. YB Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor, Pengerusi SELCAT (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency atau Jawatankuasa Terpilih Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan).
  2. Dato' Ja'afar Mahad, Pengarah SPRM Negeri Selangor
  3. Hj Zaid Kamaruddin, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Setiap hari jika kita meneliti akhbar cetak dan elektronik serta blog-blog, kita akan dapati isu tadbir urus atau good governance menjadi topik perbualan hangat. Mungkin topiknya tidak dicatatkan sebagai tadbir urus namun apa-apa yang berkait dengan isu rasuah, kuasa, ketelusan, kecekapan, keadilan, akauntabiliti (pertanggungjawaban ), profesionalisme, kedudukan dan ketirisan adalah berkait rapat dengan amalan tadbir urus. Dalam Islam, amanah, kebebasan dan ketelusan berkait rapat dengan prinsip keadilan.

Antara isu-isu yang disebut ialah kes V.K. Lingam, pembunuhan Altantuya Shaariibuu & komisen kapal selam, penyelewengan wang PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, penyelewengan wang Balkis, politik wang, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan lain-lain...
Amalan rasuah dianggap dosa besar dalam Islam. Pengharaman rasuah ini adalah jelas melalui firman Allah berikut:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan uyang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ” (2:188)

Hadith berikut juga memperkuatkan hujah pengharaman rasuah :

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"

( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Oleh itu, mari kita fahami makna urustadbir baik atau good governance, fahami peranan badan-badan terlibat dan cabaran-cabaran yang dilalui. Nilai sejauh manakah pelaksanaan kecekapan, penjagaan amanah dan ketelusan tadbir urus negara dan negeri. Kemukakan soalan untuk mendapatkan lebih kefahaman. Ajukan komen dan saranan ke arah melihat masa depan urustadbir negara yang lebih baik.
Datang dan war-warkan WACANA ISU SEMASA, Selasa 24 Nov ini! Masuk adalah percuma namun sumbangan amat dialu-alukan.
Syed Ibrahim Alhabshi